Audio

Audio dan kepentingannya dalam pembelajaran bahasa :

Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.

Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Kita boleh mengandaikan bahawa sesuatu tekanan udara mewakili kepadatan (density) molekul udara tersebut. Apabila sesuatu objek bergerak, ia akan mengganggu susun atur molekul-molekul udara tersebut dan ini akan menyebabkan kepadatannya turut berubah. Seterusnya ini akan menyebabkan lain-lain molekul udara turut berubah sama.

Semasa kita mendengar sesuatu, sebenarnya kita sedang merasai perubahan tekanan udara disekeliling telinga kita. Perubahan ini seterusnya akan diterima oleh gegendang telinga yang kemudiannya diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak kita. Sekiranya perubahan tekanan udara ini digrafkan sebagai fungsi masa, kita akan dapati graf gelombang seperti berikut;

Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap (constant). Apabila gelombang bunyi tiba ke gegendang relinga anda, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun kepada paras yang lebih rendah dari paras tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi (volume) sesuatu audio yang diterima. Kekuatan bunyi ini yang dikenali sebagai amplitud dan serng diukur dalam unit decibels (dB). Kadar perubahan tekanan udara tersebut dinamakan pitch. Dalam istilah saintifik, pitch adalah berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi tersebut.

Ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau jirim udara disekeliling kita. Getaran ini kemudiannya dikenali sebagai gelombang bunyi. Gelombang bunyi ini diwakili oleh corak seperti rajah di bawah. Ianya dikenali sebagai wave pattern (gelombang analog).

Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan mantap.

Selain itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat serta mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik seterusnya menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya.

Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Dalam menjalankan kajian, saya menggunakan Audacity sebagai media untuk merakam suara, mengedit dan sebagainya dalam kajian bahasa saya. Audacity  digunakan untuk memanipulasi gelombang digital audio.

Saya menggunakan perisian Audacity untuk mengedit semula video rakaman yang telah saya rakam. Ini kerana,bagi menghasilkan video yang berkualiti, saya perlu edit bahagian-bahagian yang tidak diperlukan dan hanya bahgian yang penting sahaja diperlukan .

One thought on “Audio

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s