Analisis Kata

Pembentukan kata responden dianalisis dengan menggunakan perisian AntConc ialah sebuah perisian Concordance.

Berikut adalah hasil penggunaan perisian AntConc :

analisis kata

analisis kata1

analisis kata2

analisis kata3

Berikut adalah analisis kata bagi dialek Perak Utara  :

1. Cemuih

Perkataan yang membawa maksud bosan dan tergolong dalam kata adjektif.

Contoh ayat dalam rakaman : Bosan tu cemuih.

2. Tetomoih

Perkataan yang bermaksud jatuh tersebam dan tergolong dalam kata kerja.

Contoh ayat dalam rakaman : Haa.tetomoih ha..kalau kita dok lalu kok pintu tu terlanggaq aa..sebut tertomoih.

3. Menyebai

Perkataan yang bermaksud merajuk dan tergolong dalam kata kerja.

Contoh ayat dalam rakaman : Merajuk tu kalau tempat mak cik sebut menyebai ha….hang ni menyebai

4. Seqelom

Perkataan yang bermaksud pakai dan tergolong dalam kata kerja.

Contoh ayat dalam rakaman : Ha seqelom baju.

5. Hat

Perkatan yang bermaksud yang dan berfungsi sebagai kata hubung pancangan relatif.

Contoh ayat dalam rakaman : Penukul hat katoq-katoq tu ka?

6. Seqeyat

Perkataan yang bermaksud berhenti dalam konteks hujan sahaja dan tergolong dalam kata kerja.

Contoh ayat dalam rakaman : Oo..hujan hat berenti tu haa..hujan sebut seqeyat.

7. Hang

Perkataan yang bemaksud kamu dan berfungsi sebagai kata ganti nama diri yang kedua.

Contoh ayat dalam rakaman :…hang ni menyebai

8. Merap

Perkataan yang bermaksud manja dan tergolong dalam kata adjektif.

Contoh ayat dalam rakaman :  Oo..manja tu kalau tempat mak cik sebut merap .

9. Kelippoq – kelippoq.

Perkataan yang bermaksud Pejam celik dan tergolong dalam kata kerja.

Contoh ayat dalam rakaman : Oo..pejam celek tempat mak cik kalau pejam celek lawak sikit sebut kelippoq – kelippoq.

10. Bendang

Perkataan yang bermaksud sawah dan tergolong dala kata nama.

Contoh ayat dalam rakaman : Sawah tu panggil bendang .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s