AntConc

 cara untuk menggunakan perisian ANTCONC :

1) pilih ayat dan “paste“ dalam “Notepad”. Kemudian “save”.

http://muhammadazrol.files.wordpress.com/2012/04/8.png?w=535

2) buka software ANCONC , tekan “File” pilih “Choose File”. Pilih “text” yang telah di “save” tadi. Kemudian, buka “Tool Preferences” dan pilih “Choose File”, setelah itu “Apply”.

3) tekan pula “Word List” dan “Start”. Setiap ayat di dalam “text” tersebut akan di kaji kekerapan penggunaannya.

4) untuk “save”, pergi ke “File” dan pilih “Save Output To Text File”

Beginilah caranya menggunakan ANTCONC…..

Concordance

Concordance untuk pembelajaran . Penggunaan Software korpus linguistic seperti  software concordance program memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mempelajari cara penggunaan software dan mengaplikasikan software tersebut untuk tujuan pembelajaran.

Concordance’  perisian komputer yang digunakan untuk menganalisis senarai kata-kata kunci dalam suatu kontek ayat ‘listing of keywords in context’ (KWIC). Manakala ‘concordancer’ pula merupakan suatu alat atau program (software) yang membantu menyenaraikan perkataan-perkataan dalam kontek ayat. Ia merupakan satu program yang agak sesuai untuk pelajar-pelajar yang mempelajari bahasa.

Tujuan ‘concordance’ adalah untuk menganalisis teks dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang mahu menganalisis teks secara terperinci .Oleh hal sedemikian, dengan adanya ‘concordance’ saya dapat menganalisis dan lebih memahami kandungan sesuatu teks dengan lebih terperinci. ‘Concordance’ juga boleh digunakan untuk membuat indek dan mendapatkan senarai perkataan-perkataan yang kita ingini. Ia juga boleh membuat ringkasan.Tambahan lagi, ia juga boleh membuat perbandingan bagaimana sesuatu perkataan digunakan dalam kontek ayat yang berlainan. Sesuatu perkataan boleh berfungsi sebagai kata nama, kata adjektif dan juga kata kerja.

AntConc ialah satu aplikasi concordance yang digunakan untuk mencari perkataan yang dikehendaki, menngetahui kekerapan penggunaan sesuatu perkataan atau frasa. Disamping itu, melalui penggunaan AntConc kesalahan struktur bahasa dapat dikesan dengan cepat dan mudah.