SoundCloud

cara-cara :

1. Buat Account Soundcloud disini setelah itu periksa inbox email untuk menconfirm account yang tadi.

2. Setelah itu Login dengan Account yang dibuat tadi kemudian masuk ke dashboard dan Klik Upload.

3. Klik Choose Files lalu pilih lagu yang ingin di upload.

4. Tunggu hingga Proses Upload Selesai lalu isi Nama Track,Description,Tag,dan lain-lain.

    1. setelah mendapatkan lagu yang di sukai atau upload lagu dari pc masing-masing, klik tombol share seperti gambar di bawah

5) kemudian akan muncul seperti gambar di bawah dan pilih icon wordpress.

6) seterusnya, akan muncul seperti gambar di bawah dan klik Customize Your Player dan Play Automatically dan terakhir copy code HTML yang sudah tersedia pada column paling bawah dan paste pada widget sesuai keinginan kita.

 

Contoh pautan SoundCloud :

 

Audacity

Kegunaan perisian Audacity seperti yang berikut :

Membuang bahagian rakaman yang tidak diperlukan 
Sewaktu memainkan semula rakaman yang saya rakam,saya dapati ada bahagian yang tidak diperlukan untuk tugasan saya. Oleh itu,, dengan menggunakan Audacity, saya gunakan sistem cutting untuk memotong bahagian yang diinginkan
caranya :
  • Buka rakaman dengan cara, klik menu File – Open. Pilih lagu – klik Open.
  • tekan bahagian yang akan dihilangkan (selain bagian ringtone) dengan mouse. klik tombol delete pada keyboard  untuk memotong
  • Sisa potongan yang ada inilah yang dijadikan bahan tugasan. Klik Play untuk memainkannya
  • Simpan potongan rakaman ini dengan format yang diinginkan.

Memperlambat suara rakaman

Saya dapati rakaman saya dengar terlalu cepat, jadi saya lambatkan dengan menggunakan efek change speed. Caranya :
  • Buka rakaman yang diinginkan, klik menu File – Open – Pilih lagu – Klik Open
  • Blok bahagian yang diinginkan dengan menggunakan mouse, atau tekan Ctrl-A untuk memilih semua bagian
  • Klik menu Effect – Change Speed untuk efek memperlambat
  • Pada jendela change speed, gerakkan slider ke arah kiri untuk memperlambat sesuai keinginan Anda.Jika sudah klik OK. Beberapa saat kemudian akan muncul proses perubahan kecepatan
  • klik tombol Play, lalu simpan rakaman tersebut.

Mengecilkan ukuran mp3

Saya menginginkan kualiti mp3 rakaman  sama dengan ukuran file yang lebih kecil, jadi saya memerlukan pengaturan audacity sebegini :

  • Buka rakaman dari menu File – Open – pilih lagu – Open
  • Klik menu Edit – Preferences. Lebih singkat dengan menggunakan shortcut Ctrl – P
  • Pada jendela audacity preferences, ubah default sample format menjadi 16-bit. Klik OK
  • Sekarang simpan rakaman dengan format mp3 dari menu File – Export

Menghilangkan Noise

Sewaktu saya merakam suara biasanya ada suara yang mengganggu kualiti suara tersebut. Untuk menghilangkannya saya melakukan dengan cara berikut ini :
  • Buka rakaman dari menu File – Open – pilih lagu – Open
  • Pilih bagian rakaman yang terdapat noise dengan melakukan blok
  • Klik menu Effect – Noise Removal
  • Pada jendela noise removal, klik terlebih dahulu Get Noise profile. Biarkan proses berjalan
  • Klik kembali menu Effect – Noise Removal. Atur ukuran noise reduction dan frequency smoothing sesuai dengan selera Anda. Klik OK
  • Jika sudah sesuai, simpan file audio yang telah diedit tersebut. Secara keseluruhan, untuk hasil yang terbaik gabungkan dengan efek lainnya.

Merakam Suara

Saya menggunakan perisian ini untuk merakam percakapan responden saya, dan saya melakukan dengan cara ini :
  • Buka audacity dari menu Application – Sound and Video – Audacity
  • Rakam suara Anda/ responden dengan mengklik tombol Record dengan icon berwarna pink
  • Anda boleh mulakan proses merakam disini. Jika sudah, cukup klik tombol Stop, lalu simpan file rakaman

Audio

Audio dan kepentingannya dalam pembelajaran bahasa :

Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.

Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Kita boleh mengandaikan bahawa sesuatu tekanan udara mewakili kepadatan (density) molekul udara tersebut. Apabila sesuatu objek bergerak, ia akan mengganggu susun atur molekul-molekul udara tersebut dan ini akan menyebabkan kepadatannya turut berubah. Seterusnya ini akan menyebabkan lain-lain molekul udara turut berubah sama.

Semasa kita mendengar sesuatu, sebenarnya kita sedang merasai perubahan tekanan udara disekeliling telinga kita. Perubahan ini seterusnya akan diterima oleh gegendang telinga yang kemudiannya diterjemahkan sebagai signal bunyi oleh otak kita. Sekiranya perubahan tekanan udara ini digrafkan sebagai fungsi masa, kita akan dapati graf gelombang seperti berikut;

Ketika tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap (constant). Apabila gelombang bunyi tiba ke gegendang relinga anda, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi ataupun kepada paras yang lebih rendah dari paras tekanan atmosfera yang normal. Nilai perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi (volume) sesuatu audio yang diterima. Kekuatan bunyi ini yang dikenali sebagai amplitud dan serng diukur dalam unit decibels (dB). Kadar perubahan tekanan udara tersebut dinamakan pitch. Dalam istilah saintifik, pitch adalah berkaitan dengan frekuensi gelombang bunyi tersebut.

Ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau jirim udara disekeliling kita. Getaran ini kemudiannya dikenali sebagai gelombang bunyi. Gelombang bunyi ini diwakili oleh corak seperti rajah di bawah. Ianya dikenali sebagai wave pattern (gelombang analog).

Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan mantap.

Selain itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat serta mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik seterusnya menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya.

Di dalam sesuatu sistem multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain dari itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu juga, elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Dalam menjalankan kajian, saya menggunakan Audacity sebagai media untuk merakam suara, mengedit dan sebagainya dalam kajian bahasa saya. Audacity  digunakan untuk memanipulasi gelombang digital audio.

Saya menggunakan perisian Audacity untuk mengedit semula video rakaman yang telah saya rakam. Ini kerana,bagi menghasilkan video yang berkualiti, saya perlu edit bahagian-bahagian yang tidak diperlukan dan hanya bahgian yang penting sahaja diperlukan .